Showing posts with label CEBISAN KEHIDUPAN. Show all posts
Showing posts with label CEBISAN KEHIDUPAN. Show all posts

Monday, 2 March 2015

BERMANFAATKAH HIDUPKU

ASSALAMUALAIKUM SEMUA....




Meh lah, waney berkongsi sedikit mengapa???mengapa??? dan mengapa???


Kawan tanya waney, tak penat ke jual produk SHAKLEE? kenapa pilih SHAKLEE? tak bosan ke post mengenai SHAKLEE?


haaaa...tu diaaa...tu diaaa....persoalannya, siapa nak sebarkan kebaikan kalau bukan kita?
As long as, kita tak menyebarkan sesuatu yang tidak benar, teruskan...kerana apa? kerana sebaik-baik manusia adalah bermanfaat kepada insan lain di dunia ini...so, apa kata kita ambil peluang untuk sebarkan kebaikan..:-)

caranya sangat mudah, nampak sahaja kebaikan yang boleh disebarkan kepada insan lain, teruskan menyebarkan nya...sebagai contoh: 

  • kebaikan TAKAFUL untuk perlindungan dan tabungan...( kita tidak tahu apa yang berlaku esok hari, apa kata sediakan payung sebelum hujan?)
  • makan supplement /guna produk SHAKLEE...( badan memerlukan nutrisi yang cukup, tapi bagaimana nak mendapatkan jika ayam pun makan ayam yang dicucuk?sayuran pun disembur dengan racun serangga? TAK SALAH kalau kita menjaga kesihatan, kerana bila badan sihat, kita mudah untuk beribadat dan membuat amal kebaikan...bukankah itu PAHALA?)
  • menjual TUDUNG, semoga dengan kesabaran dan kecekalan mereka, ada insan yang ingin menutup aurat membelinya..bukankah itu PAHALA?


hek eleh, cerita mengenai SHAKLEE sebab waney menjual kan? kan? kan?



Senang cerita, HIDUP DI DUNIA HANYA SEMENTARA, apa kata sebarkan kebaikan yang ada ...semoga BERMANFAAT buat semua dan mendapat SAHAM PAHALA di sana kelak...AMEEN...
mudah kan? tidak semestinya PRODUK SHAKLEE, mungkin boleh sebarkan kebaikan dengan goreng pisang cheese?bagaimana? tepuk dada tanya IMAN...mungkin boleh menjual pisang goreng cheese sambil bersedekah?ubah resepi pisang goreng cheese menjadi lebih sihat? atau mungkin boleh letak iklan " BACA BISMILLAH SEBELUM MAKAN PISANG GORENG CHEESE"...RARE kan? kan?kan? 


tapi jika orang membeli dan membaca BISMILLAH sebelum makan , bukankah itu PAHALA?
NAK MENJADI JUTAWAN, Tidak semestinya hanya JUTAWAN dunia, kita juga boleh menjadi JUTAWAN AKHIRAT...:-)


setiap apa ada pada diri kita, manfaatkannnya sebaik mungkin kerana kita HIDUP TIDAK LAMA...JIKA ADA SEPINGGAN NASI, dan KUCING MERENGEK MEMINTA MAKANAN, tiada salahnya jika dibahagikan dua nasi tadi buat SI KUCING AHLI SYURGA...:-)..senang cerita, berusaha buat dan sebarkan KEBAIKAN walau dengan hanya secebis senyuman...






JANGAN tunggu kaya dan hebat baru ingin memberi manfaat kepada manusia lain disekeliling kita...;-)






usah risau jika kita tiada wang berjuta...kita masih boleh memberi manfaat kepada insan lain disekeliling kita...






Wednesday, 25 February 2015

MATI ITU PASTI...

Assalamualaikum semua...:-)


Berceloteh tentang kehidupan satu hari satu malam pun tak habis. Merenung masa depan, memcuba untuk melangkah kehadapan, mencari erti sebuah kehidupan.Kadang-kadang rasa layu langkah untuk kehadapan, kadang-kadang rasa laju melawan arus untuk menuju puncak. Namun persoalannya apa yang aku cari dalam kehidupan?





Tanggal 6 April 1986, aku dilahirkan oleh seorang insan berhati mulia, NIZAN CHE ALI..seorang ibu yang penyabar, tahan diasak, namun kadang-kadang hatinya begitu lembut, mudah tersentuh dan menitiskan air mata. Hari demi hari, aku di asuh di didik mesra dan manja oleh ibuku dan arwah abahku YAHAYA BIN AHMAD...Dahulu aku insan kecil, suka merengek dan menangis tidak kenal masa... sekarang aku sudah meningkat usianya. Ramai bertanya, sudahkah aku berpunya?bilakah mahu berumahtangga...persoalan yang mustahil dapat ku jawab kerana itu bukan bidang kuasaku...aku YAKIN ALLAH ada perancangan lebih baik untuk aku...:-)






Dalam melewati usia makin meningkat ini, terasa tertanya-tanya apakah bekalan yang aku bawa untuk bertemu yang MAHA ESA? Cukupkah amalan-amalan ku? Sudah terampunkah dosa-dosaku?
Aku teruja untuk menuju ke dunia akhirat namun apa persiapan yang boleh aku lakukan...???



Cukupkah amalan ku dengan hanya bersolat?
khusyu' kah aku dalam solatku?
persoalan yang saban hari menghantui diri yang makin berusia ini...




Semua manusia di DUNIA mempunyai masalah sendiri untuk diselesaikan, berusahalah mencari SOLUSINYA dengan mendekatkan diri pada YANG MAHA ESA...mengadu dan merintih padaNYA, tidak memerlukan wang berjuta-juta, untuk merasai nikmat dalam mengharungi ujian kehidupan di DUNIA..







Berpesan pada diri, DUNIA ini hanya SEMENTARA, SUATU MASA BUMI dan segala isinya akan hancur jua. SEMOGA AMALAN KITA SEMUA DITERIMA DAN MENJADI SAHAM BERHARGA DI SANA KELAK...






 SENYUM ITU SEDEKAH

SENYUM LAH......



JANGAN LUPA NIAT SESUATU AMALAN KERANA ALLAH, WALAUPUN BERMAIN BOLA JARING DI SEKOLAH...:-)...
atau
MENJUAL PRODUK SHAKLEE...




SEMOGA BERMANFAAT BUAT SEMUA...AMIN